Tuesday, January 6, 2015

Semanis pavlova , manis lagi ukhuwwah .



Manis sampai kembang tekak makan !   

Imam Hasan Al-Banna berkata "  Setinggi-tinggi ukhuwwah adalah itsar ( mengutamakan saudaranya ) dan serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada . 


Murabbi pernah pesan , setiap kata-kata yang terkeluar daripada mulut kita melambangkan tahap keimanan kita pada masa itu . Bila fikir balik , kita  kena sangat berhati-hati memilih perkataan yang hendak kita gunakan semasa berkomunikasi dengan sahabat-sahabat kita . 

Kalau perkataan yang digunakan manis-manis , sampai kembang tekak sahabat tu ... inshaAllah dijamin esok pagi dia tak sabar nak jumpa kita . Silap-silap , whatapps usroh tak berhenti berkelip sebab rindu sangat dengan sentuhan-sentuhan sahabat-sahabat . 


Apa lagi yang best pasal ukhuwwah ni ?

Rasullah saw bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya ada beberapa manusia dari kalangan hamba-hamba Allah swt yang dicemburui oleh Nabi-Nabi dan Syuhada' lantaran kedudukan mereka yang mulia di sisi Allah swt .
Sahabat pun bertanya , "Siapakah mereka itu ya Rasullah dan apakah mereka telah lakukan ? Kami ingin mencontohi dan mencintai mereka .
Rasullah saw menjawab , " Mereka itu adalah satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah walaupun tanpa ikatan kekeluargaan serta tanpa harta yang mereka saling memberi.Sesungguhnya demi Allah mereka berada di atas cahaya dan sesungguhnya mereka itulah cahaya . Mereka tidak takut apabila manusia takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia berdukacita . 

Nabi-Nabi dan Syuhada' juga mencemburui orang-orang yang sentiasa berkasih sayang kerana Allah swt .

P.Ramlee kata dalam filem .. "sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri " ...
begitulah kita ... sedangkan lidah lagi tergigit , inilah pula ukhuwwah kerana Allah swt ...



Ada seorang ukhti pangkat adik-adik bertanya ,

Adik : Akak macam mana nak berlapang dada dengan kawan yang saya boleh terima kelemahan dia , tapi dia tak boleh nak terima kelemahan saya ?

Akak : Dik , ingatlah semula kenapa kita berkawan dengan dia . Mungkin dulu kita berkawan dengan dia sebab dia boleh bagi benefit dekat dia , dia boleh bagi benefit dekat kita . Tapi sekarang , Allah swt akan bagi ujian demi ujian semata-mata hendak membersihkan niat...sehinggalah "Hanya keranaNya kita berkawan dengan kawan kita .. hanya kerana Allah swt kita bersabar ..., "


Itulah sebenarnya puncak cinta tertinggi , bila mana kita kata kita cinta Allah swt , kita sanggup berkorban demi Allah swt ...



Allah swt akan uji daripada setiap sudut di mana yang tinggi hanyalah...." Kerana Allah swt kita lakukan segala-galaNya " .


Antara tip-tip untuk berukhuwwah dan menjaga ukhuwwah adalah :-

1.Bagi hadiah ! :D

2.Sentiasa tanya khabar ( yela kalau kita tanya time nak minta tolong je sebab tu kawan kita akan kata kita kawan sebab bersebab ) . Out of the bluemoon .

3. SENYUMMMMMMMM LEBAR-LEBAR bila JUMPA dia . biar je kalau dia kata kita SCHIZOPHRENIC PATIENT yang dah LAST STAGE .

4.Masak sikit dekat dia . baking kek ke . lepas tu kalau hangus ke . kek tak jadi ke..tulis surat sikit . " Walaupun kek terbakar , nasi goreng hangus .. tapi..aku usahakan ... sebab aku tahu ... jauh disudut hati .. kau terharu sebab aku usaha juga... haha~~ < walaupun kadang-kadang buat ayat perah santan ni meluat... but its workkkkk okayyyyyy !! <3

SELAMAT BERUKHUWWAH SEMUA ~~


-bukanbudakskema- 
Monday, December 29, 2014

Aku buat kerja ni ikhlas ke ?



Betul ke selama duduk dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni aku jujur dengan Allah swt ?

Atau selama ni aku buat dakwah sebab aku tengok kawan-kawan semua dah melaju dalam dakwah dan tarbiyyah ?

Ah ! Aku tak nak jadi hipokrit . Tapi aku tak nak ketinggalan dalam "gerabak" ni sebab nanti orang pandang aku rendah . Jahiliyyah bergelen-gelen banyak sedangkan masuk usrah dah lama dah .


* Internal conflict *

Rasanya semua orang pernah je rasa macam ni . Kadang-kadang start bawa usrah sebab kawan-kawan usrah lain dah bawa usrah . Kadang-kadang rasa hebat sikit daripada orang lain sebab dah bawa usrah . Kadang-kadang rasa hebat sikit daripada orang yang bawa usrah sebab  diri bawa usrah penggerak , kawan lain bawa usrah biasa-biasa je . Kadang-kadang rasa diri dihargai oleh banyak pihak sebab selalu busy buat kerja syura sana sini . Orang-orang lain kurang kerja sikit daripada kita .  


Allah swt berfirman dalam Surah Al-Bayyinah : 5

Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah swt  dengan ikhlas  mentaaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama , dan juga melaksanakan solat dan menunaikan zakat . dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar) .

Ikhlas adalah kunci kepada sama ada seorang daie itu terus "TSABAT" atau "TIDAK" dalam gerabak ini . Rasullah saw pernah bersabda mengenai Hadis 1 dalam buku karangan Imam Nawawi mengenai niat .

"Innama 'amalu binniat wainnama likulli amri mannawa" . Maksudnya : [Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. ]

Hadis Penuh :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


*Internal conflict*

Kalau kita cakap pasal hadis niat ni beribu kali dah ulang dalam usrah . Tapi bila buat kerja , aku still nak orang puji aku pandai buat kerja . Pandai masak ke , cekap mengendalikan majlis ke , Boleh bagi tazkirah dengan lancar ke . Pandai bercakap depan orang ramai ke . Pengaruh ramai ke .

Bila fikir balik , aku buat kerja ni ikhlas ke tak ? * Picit-picit kepala sikit * 


Buat kerja mulai dari sekarang kena ikhlas . Sebab matlamat kita daripada mula bekerja ( dalam gerabak ini adalah Allah swt ) , dipertengahan kita adalah Allah swt yang membantu memudahkan kerja-kerja dakwah ini , dipengakhiran semoga kita mendapat pengakhiran husnul khatimah (pengakhiran yang baik) . 


Apa puncak kejayaan dalam menggalas TANGGUNGJAWAB ini adalah ?
Berjumpa dengan Allah swt itu sendiri di dalam sorganya . 

Aku peringatkan hatiku juga dan hatimu agar jangan tergelincir dengan permainan syaitanirrajim . Jangan suatu hari nanti Allah swt keluarkan kita daripada gerabak ini kerana KEIKHLASAN kita membantu agama Allah di tahap "ZERO" . 


Bila kita pernah berkata , " Aku ikhlas nak buat kerja-kerja ni sebab aku boleh buat " .
Ketahuilah , hatta ketika itu kamu belum cukup ikhlas kerana mempamerkan keikhlasan kamu . 


Bila kita nak tahu kita buat kerja ni ada "BARAKAH" daripada Allah swt ? 

Barakah ini berasal daripada perkataan Tabarak .
Barakah ada 3 makna :-

1. Growth and Increase , Above and beyond expectation .
2.Continuing
3.Stay on it place . Remains




Barakah adalah buah kepada ikhlas .

Keikhlasan itu duduk di atas satu lagi keikhlasan dan orang yang paling ikhlas itu akan menang . 

Kemenangan apa yang kita nak adalah kemenangan memenangi hati Allah swt .


Daripada "bukanbudakskema" untuk semua .

Wallahu 'alam .

 

Blog Template by BloggerCandy.com