Monday, December 29, 2014

Aku buat kerja ni ikhlas ke ?



Betul ke selama duduk dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni aku jujur dengan Allah swt ?

Atau selama ni aku buat dakwah sebab aku tengok kawan-kawan semua dah melaju dalam dakwah dan tarbiyyah ?

Ah ! Aku tak nak jadi hipokrit . Tapi aku tak nak ketinggalan dalam "gerabak" ni sebab nanti orang pandang aku rendah . Jahiliyyah bergelen-gelen banyak sedangkan masuk usrah dah lama dah .


* Internal conflict *

Rasanya semua orang pernah je rasa macam ni . Kadang-kadang start bawa usrah sebab kawan-kawan usrah lain dah bawa usrah . Kadang-kadang rasa hebat sikit daripada orang lain sebab dah bawa usrah . Kadang-kadang rasa hebat sikit daripada orang yang bawa usrah sebab  diri bawa usrah penggerak , kawan lain bawa usrah biasa-biasa je . Kadang-kadang rasa diri dihargai oleh banyak pihak sebab selalu busy buat kerja syura sana sini . Orang-orang lain kurang kerja sikit daripada kita .  


Allah swt berfirman dalam Surah Al-Bayyinah : 5

Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah swt  dengan ikhlas  mentaaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama , dan juga melaksanakan solat dan menunaikan zakat . dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar) .

Ikhlas adalah kunci kepada sama ada seorang daie itu terus "TSABAT" atau "TIDAK" dalam gerabak ini . Rasullah saw pernah bersabda mengenai Hadis 1 dalam buku karangan Imam Nawawi mengenai niat .

"Innama 'amalu binniat wainnama likulli amri mannawa" . Maksudnya : [Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. ]

Hadis Penuh :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


*Internal conflict*

Kalau kita cakap pasal hadis niat ni beribu kali dah ulang dalam usrah . Tapi bila buat kerja , aku still nak orang puji aku pandai buat kerja . Pandai masak ke , cekap mengendalikan majlis ke , Boleh bagi tazkirah dengan lancar ke . Pandai bercakap depan orang ramai ke . Pengaruh ramai ke .

Bila fikir balik , aku buat kerja ni ikhlas ke tak ? * Picit-picit kepala sikit * 


Buat kerja mulai dari sekarang kena ikhlas . Sebab matlamat kita daripada mula bekerja ( dalam gerabak ini adalah Allah swt ) , dipertengahan kita adalah Allah swt yang membantu memudahkan kerja-kerja dakwah ini , dipengakhiran semoga kita mendapat pengakhiran husnul khatimah (pengakhiran yang baik) . 


Apa puncak kejayaan dalam menggalas TANGGUNGJAWAB ini adalah ?
Berjumpa dengan Allah swt itu sendiri di dalam sorganya . 

Aku peringatkan hatiku juga dan hatimu agar jangan tergelincir dengan permainan syaitanirrajim . Jangan suatu hari nanti Allah swt keluarkan kita daripada gerabak ini kerana KEIKHLASAN kita membantu agama Allah di tahap "ZERO" . 


Bila kita pernah berkata , " Aku ikhlas nak buat kerja-kerja ni sebab aku boleh buat " .
Ketahuilah , hatta ketika itu kamu belum cukup ikhlas kerana mempamerkan keikhlasan kamu . 


Bila kita nak tahu kita buat kerja ni ada "BARAKAH" daripada Allah swt ? 

Barakah ini berasal daripada perkataan Tabarak .
Barakah ada 3 makna :-

1. Growth and Increase , Above and beyond expectation .
2.Continuing
3.Stay on it place . Remains




Barakah adalah buah kepada ikhlas .

Keikhlasan itu duduk di atas satu lagi keikhlasan dan orang yang paling ikhlas itu akan menang . 

Kemenangan apa yang kita nak adalah kemenangan memenangi hati Allah swt .


Daripada "bukanbudakskema" untuk semua .

Wallahu 'alam .

 

Blog Template by BloggerCandy.com